Wikipedia

Search results

Monday, August 26, 2019

Bengkel SPM Ekonomi SMJK Pulau Sebang ( 12 April 2019) oleh Penceramah Cikgu Masnawi ( http://cikgumasnawi.blogspot.com )




Minggu Vokasional & Teknikal ( 8 - 12 Julai 2019 ) Gerai Usahawan Muda Pelajar EKONOMI Ting.4 & 5)






























Template PBS EKONOMI Ting. 5

Template PBS EKONOMI Ting. 4

DSKP EKONOMI TING 5

DSKP EKONOMI TING 4

Format Peperiksaan SPM 

Sunday, August 25, 2019

Luahan Hati Saya.......

Saya bermula mengajar subjek Ekonomi untuk tingkatan lima pada pertengahan tahun 2017 dan pada tahun ini saya telah dipertanggungjawab untuk mengajar tingkatan empat dan lima. Sepanjang tahun ini, apabila saya mengajar subjek ini untuk kelas 4 Prinsip Akaun (4 PA) saya terima pelbagai soalan daripada pelajar dan kesemua soalan sungguhKBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Pelajar menghadapi pelbagai masalah untuk memahami konsep atau ilmu ekonomi walaupun guru telah membincang tajuk tersebut dengan latihan yang sesuai.
Secara umumnya, masalah utama pelajar Ekonomi adalah pelajar tidak dapat memahami kandungan buku teks yang hanya menekankan fakta dan huraian tanpa mengaitkan isu-isu semasa atau data dan maklumat yang realistik. Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar pula adalah:

i) pelajar tidak dapat mengaplikasi ekonomi dalam kehidupan sebenar.
ii) pelajar mampu untuk menghafal tetapi tidak boleh berfikir secara kritis.
iii) pelajar tidak mampu berfikir secara holistik iaitu berfikir merentas bidang kurikulum lain untuk menyelesaikan soalan berkaitan kajian kes.

Sebagai seorang guru, saya amat kecewa apabila pelajar-pelajar yang mempunyai disiplin yang bagus dan mampu mencapai gred yang baik dalam mata pelajaran yang lain tetapi mendapat markah yang rendah dalam subjek yang saya ajar.